CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Follower

Khamis, 9 Februari 2012

Apa...!!! Valentine Hampir Tiba...

Hukum Menyambut Hari Valentine





14hb Februari setiap tahun merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan2 yang sedang berkasih...

Penulis ingin mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya... Sambutan yang tidak berdasarkan syariat apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran.. pergaulan bebas.. amalan syirik serta khurafat.. sememangnya dilarang oleh agama Islam... Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.. membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal...


 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka... Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa...


“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)



Jelas!! para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam... Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam... Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam... Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan dan haram oleh agama Islam”...



credit by : apiSh

Khamis, 30 Jun 2011

JANGANLAH MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA....!!!!

Peringatan buad ktew2 yew..


.
Kalau larh korang tengah mengail ikan.... lepas tu ikan itu tersangkut kat mata kail... korang ambil lah ikan itu... jangan pulak korang lepaskan ikan tu kedalam air smula... coz ikan tu akan sakit kerana dengan ketajaman mata kail tadi dan mungkin akan mnderita selagi ikan tu masih hdup..begitulah jugak.. 
setelah korang memberi banyak pengharapan kepada seseorang itu... setelah beliau mulai menyayangi korang... hendaklah korang menjaga hatinya.... janganlah sesekali korang meninggalkannya begitu saja.... kerana dia akan terlalu bersedih oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat korang.... 

jika korang menadah air biarlah berpada - pada... jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk korang menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang sedangkan jika korang cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
 
begitu juga jika korang memiliki seseorang... terimalah mereka seadanya.... janganlah korang terlalu mengaguminya dan janganlah korang menganggapnya begitu istimewa....  anggaplah mereka manusia biasa. apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya sedangkan jika korang memaafkan nya boleh jadi hubungan korang akan terus hingga ke akhirnya....

jika korang ada sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk diri korang.. yang mengenyangkan, berkhasiat... mengapa kamu berlengah... cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelezatan. akhirnya nasi itu akan basi dan korang tidak boleh memakannya... korang akan menyesal.    

begitu juga jika korang telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.... menyayangimu... mengasihimu... mengapa kamu berlengah... cuba membandingkannya dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan... akhirnya kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain dan kamu juga yang akan menyesal...

Sabtu, 18 Jun 2011

Happy Father Days buat abah...



Hari ibu baru jew melabuhkan tirai... Kini tiba untuk meraikan hari bapa buat bapa2 sedunia... Happy Father Days buat abahku yang tercinta..... Aku harap dengan ucapan ini dapat aku mengembirakan hati dikau... Engkau bagaikan SUPERMAN dalam kluarga kita... Engkau sentiasa memahami aku walaupun aku jarang memahami dikau... Engkau selalu mengambil berat tentang aku walaupun aku kadang2 aku tak amek ambil endah pasal diriku.. Kau selalu memberi tunjuk ajar dan dorongan di kala aku kadang2 berasa putus asa... Kau pulang kerja dengan harapan untuk melihat dan mengambil berat tentang anak2 mu sedangkan anak2 mu ini tak pernah merasakan keletihan yang kau rasakan... Kau keluar mencari rezeki untuk keluarga tercinta demi sesuap nasi dengan bertitisan keringat... Kau adalah bapa yang aku hormati dan aku sanjungi...Kau adalah sumber inspirasi ku... Aku harap kasih kita akan berkekalan sampai bila2... I love U so much DAD....!!

Jumaat, 17 Jun 2011

Penat Memaksa diri...

Mesty plex kan coz malam2 bute twos update blog padahal baru smpai umah setelah pulang dari kje....




Arie ni pling memenatkan coz aku kne mengali lubang sedalam 3 kaki sbanyak 45 lubang... di ibaratkan seperti mengali 2 lubang kubur... hahaha.... tapi apakan daya... bak kata orang tu sume pngalaman... pengalaman susah nk dapat kalau kita sendiri tak berani mencuba... haha... x salah rasenye nk berbudi pada tanah... btol x..

Khamis, 31 Mac 2011

Kamu memperbodohkan diri kamu di hadapan Allah



1 April... Sinonim dengan sambutan April Fool... Aku masih ingat dikala aku sekolah rendah dahulu... Bermain April Fool dengan teman-teman... Kadangkala sehingga waktu bukan 1 April, masih lagi terjerit-jerit April Fool. Haha...

Kita rasa seronok memperbodohkan orang lain... Kadangkala kita terlupa bahawa kita memperbodohkan diri kita sendiri... Sudahlah sambutan April Fool bukannya sambutan yang Islam anjurkan, malah kita merendahkan pula martabat akal kita yang Allah berikan...

Dengan menyambutnya, kita telah memperbodohkan diri kita di hadapan Allah SWT...


April Fool..!!! Seruan Jahiliyyah...

Diwar-warkan bahawa April Fool itu satu medan untuk berukhuwwah... Dikatakan dengan senda gurau itu mampu membuatkan hubungan semakin erat...

Yekew...?

Kita lihat suasana April Fool ini hanya akan membawa kepada kerendahan mentaliti... Malah menyeru manusia supaya ada ‘daya balas membalas’... Lebih-lebih lagi kalau gurauan itu dilakukan dalam keadaan ‘berat’ dan ‘melampau’...

Ia akan melahirkan budaya yang tidak sihat...




Paling tidak..!! Sesiapa yang dikenakan itu akan merasa terkejut dan marah... Berbanding bilangan yang akan tersenyum dan ketawa, kita akan melihat bilangan yang menjerit mencarut kemarahan itu lebih ramai...

“Adalah dilarang seorang muslim menakutkan muslim yang lain” Hadith riwayat Abu Dawud dan Musnad Ahmad...

Tambahan pula berbohong adalah dari kalangan dosa besar di sisi Islam.
Inilah dia seruan jahiliyyah yang halus... Tidakkah anda melihat bagaimana manusia menghias jahiliyyah itu seindah-indahnya? Ibarat ‘anthrax’ yang tidak kelihatan tetapi mampu membunuh manusia... April Fool menghakis akhlak dan peribadi... Disalut kononnya merapatkan ukhuwwah mencambah mesra... Tetapi hakikatnya lebih banyak keburukan dari manfaatnya. Lebih buruk lagi, menghitamkan jiwa kita seterusnya menjauhkan diri kita daripada Allah SWT.




Sambutan orang lain. Kenapa kita pula yang berseronok?

April Fool datang daripada perayaan kaum lain... Yang membuatkan saya hairan, orang Islam pula yang terlebih menyambutnya... Di sini kelihatan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku...

Mungkin, aku tidak menolak kemungkinan peristiwa itu berlaku... Tetapi merelasikan April Fool dengan peristiwa itu bukan tindakan yang bijak... Hal ini kerana, ia akan menimbulkan satu budaya ‘paranoid’ di dalam ummat Islam... Adakah kita hendak bertindak sama dengan kaum kafir yang menuduh kita ‘terorist’..? Di sini secara tidak langsung kita juga membuat pembohongan...

Bila kita hendak tunduk sepenuhnya kepada Allah?

Sampai bila kita hendak merasa seronok dengan sesuatu yang tidak kena mengena dengan Islam? Sampai bila agaknya kita redha jiwa kita dilumuri jahiliyyah?
Bilakah agaknya hendak tiba waktu kita mengambil Islam dalam bentuknya yang sempurna? Bilakah agaknya kita hendak menyisihkan karat-karat jahiliyyah dari kehidupan kita?

Mari sama-sama muhasabah.
Kita tinggalkan segala apa yang Allah tidak redha.
Walaupun perkara itu diredhai seluruh manusia yang lainnya

Isnin, 7 Februari 2011

Semangat Valentine adalah Semangat Berzina


Pada tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua remaja sebab hari itu ramai orang mempercayai sebagai hari untuk mengungkapkan rasa kasih sayang.. yeker...!!!
Itulah hari valentine, sebuah hari di mana orang-orang di barat sana menjadikannya sebagai fokus untuk mengungkapkan rasa kasih sayang..




Padahal kasih sayang yang dimaksud adalah zina yang diharamkan. Orang barat memang tidak boleh membezakan antara cinta dan zina. Ungkapan make love yang mksudnya bercinta, seharusnya sedekar cinta yang terkait dengan perasan dan hati, tetapi setiap kita tahu bahwa makna make love atau bercinta adalah melakukan hubungan kelamin atau  zina.






Allah SWT berfirman tentang zina, bahwa perbuatan itu bukan hanya dilarang, bahkan sekedar mendekatinya pun diharamkan.

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS Al-Isra’: 32)

Rabu, 15 Disember 2010

Kerjaya Wanita... Ish, Biar Betul.....

Korank ingat lelaki x bole buat kerja2 perempuan... Salah tiganya...


CHEF ( masak memasak )
Sluruh malaysia msti rase bangga sbab tukang masak trkenal dengan Chef Wan. Dia juga pernah dinobatkan sebagai Selebriti Terbaik Dunia di Gourmas Award 2009. Maybe korang juga turut setuju bahwa kebanyakan chef di malaysia adalah lelaki...


JURUSOLEK, PEDANDAN, PAKAR KECANTIKAN
Sape kate lelaki x mampu nk hias wanita... Ini trbukti apabila kebanyakan selebriti mahukan sentuhan kaum Adam... x kiralah untuk solekan, dandanan ranbut mahupun penasihat kecantikan diri....

PEREKA FESYEN
Sebut jew name Hatta Dolmat, Rizalman Ibrahim mahupun Datuk Benard Chandran.... Nama2 dorang dah tpahat di mulut2 bintang ternama, golongan VIP mahupun orang biasa....

Baru korang tahu betapa hebatnya lelaki.....

Kaum Perempuan Jangan Suka Bersangka Buruk Terhadap Lelaki

Kenapa Lelaki Sembunyi Status Perhubungannya...

Serius aku nak ckap..
Tak smua lelaki camni... Klu ade pun... Ntah bape kerat je....

Lelaki jarang upload gambar dengan gambar girlfriend dorang di laman sosial seperti Facebook, tetapi ini tak bermakna lelaki " menyembunyikan " awek dorang dari pengetahuan orang lain. Walaupun ada yang tak kesah bercerita tentang dalaman lelaki bersama teman - teman korang.. Bagi lelaki jika mahu bjaye mereka harus kelihatan kuat dan meyakinkan.. Sebab itu mereka enggan berkongsi perkara peribadi, seperti gambar2 teman perempuan yang sedang bercuti dan sebagainya....

p/s : Kaum perempuan jangan suke bersangka buruk terhadap lelaki....