CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Follower

...

Khamis, 31 Mac 2011

Kamu memperbodohkan diri kamu di hadapan Allah



1 April... Sinonim dengan sambutan April Fool... Aku masih ingat dikala aku sekolah rendah dahulu... Bermain April Fool dengan teman-teman... Kadangkala sehingga waktu bukan 1 April, masih lagi terjerit-jerit April Fool. Haha...

Kita rasa seronok memperbodohkan orang lain... Kadangkala kita terlupa bahawa kita memperbodohkan diri kita sendiri... Sudahlah sambutan April Fool bukannya sambutan yang Islam anjurkan, malah kita merendahkan pula martabat akal kita yang Allah berikan...

Dengan menyambutnya, kita telah memperbodohkan diri kita di hadapan Allah SWT...


April Fool..!!! Seruan Jahiliyyah...

Diwar-warkan bahawa April Fool itu satu medan untuk berukhuwwah... Dikatakan dengan senda gurau itu mampu membuatkan hubungan semakin erat...

Yekew...?

Kita lihat suasana April Fool ini hanya akan membawa kepada kerendahan mentaliti... Malah menyeru manusia supaya ada ‘daya balas membalas’... Lebih-lebih lagi kalau gurauan itu dilakukan dalam keadaan ‘berat’ dan ‘melampau’...

Ia akan melahirkan budaya yang tidak sihat...




Paling tidak..!! Sesiapa yang dikenakan itu akan merasa terkejut dan marah... Berbanding bilangan yang akan tersenyum dan ketawa, kita akan melihat bilangan yang menjerit mencarut kemarahan itu lebih ramai...

“Adalah dilarang seorang muslim menakutkan muslim yang lain” Hadith riwayat Abu Dawud dan Musnad Ahmad...

Tambahan pula berbohong adalah dari kalangan dosa besar di sisi Islam.
Inilah dia seruan jahiliyyah yang halus... Tidakkah anda melihat bagaimana manusia menghias jahiliyyah itu seindah-indahnya? Ibarat ‘anthrax’ yang tidak kelihatan tetapi mampu membunuh manusia... April Fool menghakis akhlak dan peribadi... Disalut kononnya merapatkan ukhuwwah mencambah mesra... Tetapi hakikatnya lebih banyak keburukan dari manfaatnya. Lebih buruk lagi, menghitamkan jiwa kita seterusnya menjauhkan diri kita daripada Allah SWT.




Sambutan orang lain. Kenapa kita pula yang berseronok?

April Fool datang daripada perayaan kaum lain... Yang membuatkan saya hairan, orang Islam pula yang terlebih menyambutnya... Di sini kelihatan satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku...

Mungkin, aku tidak menolak kemungkinan peristiwa itu berlaku... Tetapi merelasikan April Fool dengan peristiwa itu bukan tindakan yang bijak... Hal ini kerana, ia akan menimbulkan satu budaya ‘paranoid’ di dalam ummat Islam... Adakah kita hendak bertindak sama dengan kaum kafir yang menuduh kita ‘terorist’..? Di sini secara tidak langsung kita juga membuat pembohongan...

Bila kita hendak tunduk sepenuhnya kepada Allah?

Sampai bila kita hendak merasa seronok dengan sesuatu yang tidak kena mengena dengan Islam? Sampai bila agaknya kita redha jiwa kita dilumuri jahiliyyah?
Bilakah agaknya hendak tiba waktu kita mengambil Islam dalam bentuknya yang sempurna? Bilakah agaknya kita hendak menyisihkan karat-karat jahiliyyah dari kehidupan kita?

Mari sama-sama muhasabah.
Kita tinggalkan segala apa yang Allah tidak redha.
Walaupun perkara itu diredhai seluruh manusia yang lainnya