CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Follower

...

Khamis, 9 Februari 2012

Apa...!!! Valentine Hampir Tiba...

Hukum Menyambut Hari Valentine





14hb Februari setiap tahun merupakan tarikh yang dianggap keramat oleh pasangan2 yang sedang berkasih...

Penulis ingin mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya... Sambutan yang tidak berdasarkan syariat apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran.. pergaulan bebas.. amalan syirik serta khurafat.. sememangnya dilarang oleh agama Islam... Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan.. membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal...


 “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)


Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka... Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa...


“Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)



Jelas!! para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam... Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 lalu memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam... Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam... Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan dan haram oleh agama Islam”...



credit by : apiSh

0 ulasan: