CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Follower

Ahad, 12 Disember 2010

Benarkah Puteri Gunung Ledang Wujud...??

Wujud kew x.... Entah larh.... Mungkin cerita hikayat zaman dahulu kot yang dikenali sebagai lagenda...

Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka... Para - para pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas puncak Gunung Ledang dan telah biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Ooo... Begitu rupanya... Puteri Gunung Ledang dikatakan telah menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak termampu ditunaikan, ialah:

  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya...

Adakah Sultan Melaka seorang yang penakutatau pengecut.... ???

0 ulasan: